//Super Awesome//
Sweet Owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Blog biasa-biasa hanya sekadar menaip apa yang terlintas dihati :D
Offline!Banyak achieve post dari apa yang dipostkan. :)


Bigfoots!

>

Jemput sembang-sembang sini tau :)
Awak tanya/komen je apa-apa nanti saya reply ye :)




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me
Others:   



Bahagia sebenar


Kau tahu moment apa yang paling bahagia?

.
Saat bila mana malam gelap gelita,
Sunyi sepi seisi dunia,
Yang ada cahaya rembulan dan kerdipan bintang cuma,
Berteman bunyi cengkerik selang-seli bergema.

.
Kau duduk berdua bermesra bersama Tuhan kau saja,
Kau luah segala sakit-sakit yang hampir buat kau koma,
Kau mengadu lelah-lelah yang buat kau mahu amnesia,
Kau menangis henyakkan segala beban yang menggunung dalam jiwa.

.
Hingga satu ketika kau rasa puas kerana sudah lepaskan semuanya,
Dan akhirnya kau mampu tersenyum lega.

.
Meski kau tak lihat Tuhan depan mata,
Tapi kau tahu Dia ada dan dengar segala gumpalan cerita.
Bagi aku,
Itulah bahagia sebenar.

Labels: ,