//Super Awesome//
Sweet Owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Blog biasa-biasa hanya sekadar menaip apa yang terlintas dihati :D
Offline!Banyak achieve post dari apa yang dipostkan. :)


Bigfoots!

>

Jemput sembang-sembang sini tau :)
Awak tanya/komen je apa-apa nanti saya reply ye :)




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me
Others:   



FOTOGRAFI?



fotografer-pro
Hello earthlings! Okay memandangkan saya sangat-sangat bosan tahap nak terjun,terbang dari bangunan pastu naik balik pastu buat mende yang sama balik. Ihik! Gurau je, cakap je lebih. Kena pisau kat tangan pun keluar air oren setitik dari mata. Haha! Okayh hari ni saya nak cerita pasal fotografi. YES! Saya pun minat fotografi ni, minat ambik gambar bunga,langit dan semua laa. Dulu kalau orang yang terjebak dalam bidang ni mesti orang cakap dia kaya, yelah nak memiliki satu-satu kamera tu mahal mana taknya satu DSLR berharga ribuan ringgit tapi sekarang semua orang boleh. Sebab apa, sebab pakai phone pun boleh. Bagi saya minat untuk ambil gambar ni tak salah yelah kita dapat hilangkan bosan kita malah kita akan rasa seronok kalau kita tengok gambar yang kita ambik tu cantik macam mana kita nak. Minat fotografi ni tak semestinya kena pandai, yelah sedangkan photographer yang mahal pun mula dari bawah iaitu dari tak tahu apa-apa langsung pasal fotografi ni sampailah jadi photographer terkenal. Kita boleh belajar kan, ilmu tu luas atas bumi ni nak-nak di zaman serba canggih ni. Nak tahu apa-apa pasal fotografi cari je kat pakcik google. Dari nak dapat cara lighting,expose,shutter speed,bokeh,faham mode program atau mode aperture priority di kamera digital dan lain-lain sampai kita dapat jadi fotografi terbaik. Mula-mula ada jugak mulut-mulut itik akan cakap bukan-bukan pasal kita, contoh 'eleh bajet pandai ambik gambar', 'eleh gambar macam hampeh je tapi lagak macam photographer', 'dah-dahlaa ambik gambar tu, bukannya awak dapat apa-apa pun'. Hello! sukahati laa minat masing-masing. Terpulang laa nak cakap apa. Dah nama pun minat bukannya nak mengharap sesuatu pun!


Nak jadi fotografi terbaik bukan dalam satu bulan je, banyak kena belajar. Saya pun tak laa banyak sangat ilmu fotografi ni yang saya tau ambik gambar je. Sebenarnya nak jadi fotografi yang terbaik kita kena belajar dari pengalaman bukan hanya kamera mahal semata-semata. Ada jugak sesetengah orang beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu nak guna dan kualiti gambar yang diambil seperti kamera biasa je dan ada jugak orang yang hanya memiliki kamera biasa tapi hasil gambar yang diambil seperti gambar dari kamera yang mahal. Sebenarnya tu semua atas usaha diri masing-masing nak tingkatkan skill yang ada. Dengan belajar dari pengalaman, in sha Allah skill kita akan meningkat dari hari ke hari. Bakat seseorang untuk megedit gambar juga merupakan satu bonus untuk seseorang menghasilkan gambar yang diambil setaraf fotografer pro walaupun hanya menggunakan telefon dan kamera murah. Jangan bimbang kalau tiada ilmu pasal fotografi yang penting semasa ambil gambar tu komposisi yang diambil tu yang terbaik yang awak rasa dan bayangkan setiap gambar yang awak ambik tu sebagai satu seni dan ada keindahan dan ceritanya sendiri disebalik gambar tu. Semakin banyak gambar yang awak ambik semakin okay hasilnya. Dan jadi fotografi yang hebat-hebat sebagai inspirasi buat kita dan bukan sampai tahan memuja-muja gambar yang di ambilnya dan cuba belajar dari gambar tersebut. Sekarang kalau di Instagram banyak kelab-kelab foto,fotografer yang terkenal jadi apa salahnya gunakan medium tu sebagai salah satu cara kita nak mengasas bakat dan tak sepertinya nak gambar terbaik kita kena pergi ke oversea untuk mendapat pemandangan yag cantik, sedangkan belakang rumah kita tu boleh kita ambik dan edit bahkan boleh nampak macam tempat yang cantik. Tapi janganlaa sampai ambik gambar longkang! Haha. Sekarang ni pun orang nak ambik gambar, tempat terbiar, rumah lama-lama pun nampak cantik dan eklusif. See? 

Satu lagi, dalam kita berfotografi jangan seringkali rasakan kita ni hebat, atau nak perhatian orang ramai. Jadikan minat kita ni sebagai salah satu untuk hiburkan diri sendiri, salah satu usaha nak tingkatkan skill yang ada dan boleh menjadi inspirasi buat orang lain, serta seringkali merendah diri biarpun kita mempunyai banyak ilmu fotografi, mahir mengambil gambar dan jangan kedekut ilmu nak ajarkan kepada orang yang ingin belajar (noob) percaya laa in sha Allah skill kita akan menjadi semakin hebat dan last jangan malu untuk mengambil gambar dan menunjukkan hasilnya kepada orang lain. Dulu kalau orang memilih untuk terlibat dalam bidang fotografi orang akan cakap yang awak tak ada masa depan, sekarang sudah terbukti seorang fotografer boleh mencapai income 6k sebulan. Mana taknya, katakan kita berkerja untuk fotografer perkahwinan dalam sebulan 3 event kita hadir dan satu event tu dicharge sebanyak 3k tak ke dapat 6k sebulan?


Dan jangan malu dengan minat fotografi okay dan abaikan kata-kata sinis orang lain. Okay tu je dan selamat berfotografi dan last sekali saya teringin sangat nak kamera Sony A7R mark II. ;)

Labels: ,