//Super Awesome//
Sweet Owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Blog biasa-biasa hanya sekadar menaip apa yang terlintas dihati :D
Offline!Banyak achieve post dari apa yang dipostkan. :)


Bigfoots!

>

Jemput sembang-sembang sini tau :)
Awak tanya/komen je apa-apa nanti saya reply ye :)




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me
Others:   



FAKTA TENTANG DIRI SAYA


"Ehem" "Ehem" "Ehem"! Lama pulak rasanya tak menghupdate blog ni. Disebabkan terlampau bosan duduk rumah cuti sekolah ni. Okay memandangkan saya draftkan post saya yang tinggal hanya 3 post je atas sebab tertentu latermasuk yang pasal kejadian keluarga saya baru-baru ni pasal dajjal, tu pun saya hidekan atas sebab tertentu.

Okay balik pada tajuk kat atas. Saya nak cerita lah serba sedikit fakta tentang diri saya ni. Tengah ulang alik dari dapur ke ruang tamu disebabkan bosan yang amat, idea ni datang untuk saya update blog ni baru-baru ni pastu ada permintaan Mira. Heh! Suka hati je suruh siapkan malam ni jugak. Pity me! Banyak sebenarnya pasal diri saya ni dan saya taip selagi saya tak lenguh. Haha!
  1.  Nama saya Siti Zulaikha tapi kalau ikutkan asalnya nama saya kena ada Wan. Tapi bila fikir balik tak ke panjang nama jadinya bila jadi Wan Siti Zulaikha! Kah! Pelik kot. Sebenarnya masa dulu sebelum ayah saya kahwin nama ayah saya ada Wan tapi disebabkan surat beranak ayah hangus terbakar disebabkan rumah ayah saya dulu terbakar masa dia tinggal dengan ayah tiri dan mak kandung dia. Rumah tu terbakar sebab ada laa hamba Allah yang tak puas hati dengan ayah tiri ayah saya dan dia bakar rumah tu. Mula-mula ayah ingat rumah terbakar sebab lintas pintas tapi beberapa tahun lepas tu kawan ayah tiri ayah saya mengaku yang dia bakar rumah tu sebab tak puas hati atas satu sebab ni.
  2. Saya ada satu sikap yang tak suka susahkan orang lain. Hmm. Kadang sebab sikap ni laa mak selalu marahkan saya. Even saya ada masalah besar sampai satu tahap tu nampak ketara perubahan saya, saya tak ceritakan walaupun kat kawan atau keluarga. Dan mak pernah nangis pasal ni dan pernah saya risaukan semua keluarga saya sebab penyakit saya ni. Alhamdulilah sekarang saya okay tapi... Dan saya masih lagi tak dapat buang sikap ni. So bad!
  3. Saya kalau bercakap dengan sesetengah lelaki saya tak boleh nak pandang muka dan tengok dia sebab entah saya akan rasa macam something gitu tapi bukan jatuh cinta tapi lebih kepada risau sebab dulu pernah laa cikgu atau kawan-kawan cakap yang lelaki ni pandai menilik dan macam-macam laa tapi negative things laa. Mata saya mesti tengok kat awan ke dinding ke atau tengok kat lain. Alaa macam saya cakap dengan tunggul. Haha! TAPI saya kalau selesa dengan orang laki tu saya akan tengok muka dia kalau saya bercakap dengan dia laa macam saya percaya dengan dia atau saya anggap dia kawan baik laa. Annoying kan! Hehe
  4. Saya ni minat citer detektif sebabtu kalau saya nak tau sesuatu benda saya akan pyscho orang tu sampai apa yang saya nak tau saya dapat tau.Yes! Sampai hari ni kalau saya nak tahu suatu mende tu mesti saya tau. Baru-baru ni sebelum form 5 exam SPM ada satu kecurian kat blok aspuri iaitu blok asrama perempuan. Tak laa teruk sangat cuma hilang maggi dan sejumlah wang laa. Masa tu kawan saya duduk asrama dan dia tahu pasal kes ni, saya punya perasaan nak tahu tu memang high level laa kalahkan orang duduk asrama dan saya tanya,tanya,tanya..... sampai laa saya kenal si pencuri tu. Haha! So sape-sape nak upah saya jadi detektif pasal boyfriend dia ke hubungi saya k. HAHA!
  5. Saya ni memang kurang keyakinan tentang diri saya! Memang! Sampai sekarang tak dapat nak buang. Selalu je rasa diri ni hodoh, tak lawa walaupun kawan cakap saya ni okay dah cuma rendah je sikit. Heh! Tapi tetap saya rasa kurang keyakinan diri. Sampai satu tahap saya cakap dengan orang mesti saya ada habit tutup hidung dan muka. Sebab apa saya rasa ada something yang tak okay pasal muka saya walaupun kawan saya cakap takde mende-mende kat muka. Dalam henset saya pun ada 30% je gambar saya selfie selebihnya gambar mende lain. Dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 kalau pakai tudung mesti kat tengah-tengah tudung tu saya tekan kan sampai tak nampak dahi sebab apa, sebab kurang keyakinan diri!
  6. Saya suka edit gambar! Eh! Bukan edit gambar saya tapi edit gambar-gambar awan,pokok,bunga,haiwan, serangga dan seangkatan dengannya! Saya ni memang pantang tengok awan atau bunga dan mesti,mesti,mesti..... kena ambik gambar. HAHA. Sampai berjangkit dengan kawan-kawan saya.
  7. Saya tak ada KAWAN BAIK dan TAKKAN! Saya berkawan dengan semua orang dan layan sama je dengan semua orang. Kadang ada kawan saya terasa hati dengan saya sebab dia anggap saya kawan baik dia dan nak saya ada dengan dia je dan ada satu hari tu saya pergi rehat dengan orang lain naik je kelas terus masam dengan saya. Hmm. Saya teringin nak ada kawan baik, kawan yang selalu kita ceritakan tentang masalah kita, chat 24/7 dengan dia tapi saya selalu je rasa saya ni tak layak untuk jadi kawan yang terbaik. Maafkan saya awak! Hmm
  8. Saya tak suka jalan depan orang lelaki!!! Anti sangat! Kalau saya sorang-sorang tengah jalan kat mall ke kedai ke jalan dan whatever laa dan ada orang laki sorang ke dua orang ke kat belakang walaupun tu kawan saya, automatik! saya jalan macam orang mabuk. Haa nak tahu macam mana, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan boleh cakap macam orang tak betul laa! Kalau ada kawan lelaki saya baca ni please alert! Tolong jalan dulu dan jangan jalan belakang saya dan faham-faham laa lau tertiba saya berhenti dan awak TOLONG jalan dulu!
  9. Saya pernah kena tanduk dengan kambing! Kena TANDUK KAMBING UOOLL! TANDUK!  Please jangan gelak! Haha. Masa tu saya dalam 4-6 tahun kot, masa tu kakak saya nak buat akikah anak dia. Masa tu ayah beli kambing jantan dan letak kat belakang rumah. Nak jadikan cerita masa tu saya dengan xde akalnya pergi laa kat belakang rumah nak tengok kambing tu dan dengan xde akalnya lagi pergi acah-acah dan ejek kambing tu dengan beraninya kambing tu kejar saya, belaku laa adegan kejar mengejar dengan kambing tu sambil menjerit-jerit  dan kambing tu tanduk mulut saya dan nasib laa jiran saya ada masa tu dan acah dengan kayu kambing tu dan selamatkan saya. CEH! macam drama pulak! HAHA. Tapi malangnya parut tu sampai sekarang ada kat bibir saya. Sob,sob ~
  10. Saya ni nampak je lembut gini boleh cakap kalau orang tengok macam lemah laa tapi saya minat memancing, main game orang laki, main tumbuk-tumbuk dan setiap kali saya cerita kat kawan saya mesti diorang gelak dan cakap " Ika weh mu tu lembik, mu main gocoh dengan abang mu awal-awal mu k.o ika weh" "Ika weh mu ni mende hal ngail-ngail ni tu kejean orang laki ika ea" Ada sekali tu saya citer kat kawan saya yang saya suka main organ lembu diorang gelak je. EH! Best apa. Argh please backup saya! Sob~ Kalau musim korban mesti saya yang terOVER eksited sebab apa boleh tengok orang melapah dan boleh pegang organ dalaman dia terutamaya hati, perut dan jantung dia!
  11. Kawan-kawan yang kenal saya boleh dikatakan semuanya cakap saya pelik. Entahlah. Kadang-kadang saya suka sesuatu yang tak sepatutnya, kadang-kadang diaorang cakap saya pelik dan kadang-kadang jugak saya terfikir bila saya cakap sorang-sorang. Err entohler
  12. Saya  kalau suka tak berbunyi. Sejak dari sekolah rendah saya suka memang tak berbunyi dan selalu di 'mengajimkan' dengan kawan- kawan laki dan kalau saya gelak mesti diorang tengok dan gelak dan hal ini belaku lagi pada tahun ni. Heh!
  13. Saya mudah tersentuh! Kalau kawan-kawan saya bagi hadiah saya simpan sampai sekarang. Walaupun bagi hadiah coklat saya simpan pembalut tu sampai sekarang dan sekarang ada dalam secret box saya.
  14. Orang mudah nak baca riak muka saya. Yes! haritu kawan saya cerita pasal someone dan air muka saya terus berubah dan kawan saya memsng cepat sangat perasan.
  15. Susah nak marah orang. Hurm. Yes! Memang susah sampai anak saudara semua tak takut ciksu dia ni haa. Kalau saya marah orang memang automatik badan atau tangan terketar-ketar dan air hujan keluar dengan laju dari mata ni haa. Haish geram jugak dengan diri sendiri ni mana taknya nak marah orang tapi kita pulak yang menangis dan terketar-ketar memang tak laa orang takut dengan kita kan. Sebab tu laa saya kalau nak marah pendam selagi boleh sampai sakit rasa hati sebab pendam sampai nak nangis puas-puas dan ada juga laa kalau tak tahan sangat marah kat depan cermin acah-acah marah orang tu. HAHA! Apakan daya tu je yang mampu.
  16. Dulu masa kecik-kecik kalau benci seseorang memang benci gila-gila aa tapi sekarang kalau tak suka seseorang atau benci seseorang mesti tak lama sebab prinsip saya semua orang tak sempurna dan selalu cuba nak fikir positif pasal seseorang tu sebab mana tau dalam kebencian yang kita lihat kat diri dia mesti ada satu kebaikan yang kita tak tahu kan.
  17. Suka tengok Anime. Yes! Sangat suka! Contoh one piece, naruto,bleach,death note,detective conan dan dragon ball. One piece sampai sekarang follow citer dia sekarang dah tengok sampai episod 514. Detective conan sampai sekarang tertanya-tanya macam mana dia nak sembuhkan diri dia tapi tak tau nak follow up citer dia dan death note pun best memang jalan cerita memang susah nak jangka. Citer kartun macam doraemon pun follow lagi sekarang kat tv7 setiap pagi dan petang sabtu.
  18. Selalu berangan-angan. Selalu je berangan-angan nak bawak mak,ayah, dan sekeluarga pergi buat umrah atau haji. Ada sekali tu pernah mimpi pergi mekah dengan mak ayah bangun pagi sampai nangis-nangis. Harap sangat angan-angan ni tercapai satu hari nanti.
  19. Mudah sangat nak gelabah. Sikap ni memang dari dulu lagi takboleh nak ubah. Ya rabbi! Kalau dah start gelabah tu memang betul-betul macam orang sakit parkison. Eh! betul ke tidak tau eja tu. Kalau dah gelabah habis semua kaki tangan terketar-ketar dan masa tu confirm memang otak dah start blank.
  20. Seorang yang annoying kot. Maybe! Saya rasa saya ni annoying kot. Boleh katakan seorang yang pending. Lambat nak tangkap apa yang orang maksudkan dan saya ni seorang yang membosankan untuk jadi seorang kawan. Eh! 
  21. Seorang yang periang dan ramah. Saya memang seorang kanak-kanak ribena walaupun dan masuk 19 tahun. Ihik! Kalau saya senyap tiba-tiba adalah tu tengah sedih ke sakit ke or whatever it may be. Dan saya jugak seorang yang ramah. Kalau orang yang tak kenal saya lagi mungkin cakap saya ni pendiam. Eh silap orang tau! Saya ni kalau dah bercakap memang potpetpotpet tak habis. Dan yang saya perasan dengan diri saya ni, saya mudah rapat dengan orang terutamanya dengan orang yang lebih berumur dengan saya. Haha. Dan saya memang suka tegur orang di sekeliling saya terutamanya makcik-makcik surau,kantin dan cleaner. Kadang saya anggap diorang tu dah macam mak saya dah.
  22. Tak suka bila berdiri depan orang ramai! Memang anti sangat. aaaaaaaaa. Haish. Contohnya, macam kena bercakap di depan orang ramai dan seangkatan dengannya. Masa saya form 4 dan form 5, saya pernah dapat anugerah nilam dapat hadiah basikal fixie, dapat anugerah untuk subjek sains terbaik masa anugerah kecemerlangan, terima sijil pengawas kesihatan, menang apa-apa ke atau apa-apa anugerah lah boleh katakan confirm saya tak pergi. Haha. Sampai mak saudara yang kat sekolah tu call dan marah-marah kenapa tak datang masa dapat hadiah tu. Haha. Hadiah dan sijil anugerah subjek sains sampai sekarang tak dapat dijejaki walaupun dah tanya cikgu berulang kali sebab masa anugerah tu ada pelajar ganti dan tadaaa mende tu hilang. So redho jelaa sebab salah diri sendiri kan. Dan untuk pengetahuan awak sampai sekarang perasaan tu still sama lau cakap depan orang ramai walaupun umur dah meningkat tua ni.

Okay stop dulu sebab lenguh dah bahu nak menaip. HAHA. Nanti saya sambung balik! Okayh? ;)

Labels: , , , , , ,