//Super Awesome//
Sweet Owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Blog biasa-biasa hanya sekadar menaip apa yang terlintas dihati :D
Offline!Banyak achieve post dari apa yang dipostkan. :)


Bigfoots!

>

Jemput sembang-sembang sini tau :)
Awak tanya/komen je apa-apa nanti saya reply ye :)




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me
Others:   



HARI LAHIR KEKASIH ALLAH ( RASULULLAH S.A.W )


Image result for maulidur rasul

Alhamdulillah. 12 Rabiulawal muncul lagi. Hari Kekasih Allah, kekasih kita yang paling mulia. Kita tahu Rasulullah sering berpuasa sunat pada hari Isnin. Lalu para sahabat pun bertanya, kenapa Rasulullah berbuat demikian, katanya, sebab aku lahir pada hari Isnin. Jadinya, adalah sunat bagi kita untuk berpuasa pada ulangtahun kelahiran kita juga. Dan apabila kita mendengar nama Rasulullah disebut, kita kenalah berselawat pada baginda sebab bila dengar nama Rasulullah, bukan macam dengar nama orang yang biasa.
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya." -Riwayat Al-Hakim-
Memang mudah untuk ucapkan "aku cintakan Rasulullah, aku cintakan kamu kerana Allah" tapi apa buktinya? Kecintaan itu harus dibuktikan. Bukan cuma disebut-sebut di mulut tapi tak sampai ke hati. Hati perlu dididik untuk cinta pada Allah dan Rasulullah.
Walaupun tak pernah bertemu Rasulullah, bukanlah alasan untuk tidak mencintainya. Begitu juga cinta pada Allah. Allah sentiasa nampak kita cuma kita yang tak nampak Allah. Tapi kita masih boleh rasa segala nikmat yang Allah beri. Banyak saja benda yang kita tak nampak tapi sangat penting dalam hidup kita umpama udara dan jantung.

Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari kiamat nanti. Rasulullah adalah manusia termulia dan kerana baginda, kita dapat mengenal Allah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi pada baginda. Apalah sangat masa kita dalam sehari tu untuk digunakan dengan selawat pada Rasulullah?
Rasulullah sangat mencintai umatnya hingga saat terakhir hidup baginda. Pernahkah kita mencintai Rasulullah sampai menitis air mata kerana ingatkan baginda? Jika kita diberi peluang bertemu Rasulullah, apakah yang akan kita ucapkan pada baginda? Sudah cukup kenalkah kita pada baginda? Marilah sama-sama kita hayati Sirah nabi sepanjang hidup baginda sebabnya, tak kenal maka tak cinta. :')
                                                   
                                             
  
Sempena maulidur rasul ni saya nak bagi lirik lagu LAWKANA BAINANA.

 LAW KANA BAINANA
 - Bahasa Melayu

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Law Kana Bainana - Bahasa Arab 

------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Labels: , , , , ,