//Super Awesome//
Sweet Owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies hello peeps ! welcome to super awesome. follow me and i will follow you back :D
Offline! Fokus untuk belajar!


Bigfoots!




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me
Others:   



FAKTA TENTANG DIRI SAYA


"Ehem" "Ehem" "Ehem"! Lama pulak rasanya tak menghupdate blog ni. Disebabkan terlampau bosan duduk rumah cuti sekolah ni. Eh! Lupa nak cerita yang saya masuk tingkatan 6 di sekolah sekitar kerteh iaitu Smk Badrul Alam Shah. Nanti saya cerita balik macam mana saya boleh terdetik nak masuk tingkatan 6 ni. Okay memandangkan saya draftkan post saya yang tinggal hanya 3 post je atas sebab tertentu latermasuk yang pasal kejadian keluarga saya baru-baru ni pasal dajjal, tu pun saya hidekan atas sebab tertentu.

Okay balik pada tajuk kat atas. Saya nak cerita lah serba sedikit fakta tentang diri saya ni. Tengah ulang alik dari dapur ke ruang tamu disebabkan bosan yang amat, idea ni datang untuk saya update blog ni baru-baru ni pastu ada permintaan Mira. Heh! Suka hati je suruh siapkan malam ni jugak. Pity me! Banyak sebenarnya pasal diri saya ni dan saya taip selagi saya tak lenguh. Haha!
  1.  Nama saya Siti Zulaikha tapi kalau ikutkan asalnya nama saya kena ada Wan. Tapi bila fikir balik tak ke panjang nama jadinya bila jadi Wan Siti Zulaikha! Kah! Pelik kot. Sebenarnya masa dulu sebelum ayah saya kahwin nama ayah saya ada Wan tapi disebabkan surat beranak ayah hangus terbakar disebabkan rumah ayah saya dulu terbakar masa dia tinggal dengan ayah tiri dan mak kandung dia. Rumah tu terbakar sebab ada laa hamba Allah yang tak puas hati dengan ayah tiri ayah saya dan dia bakar rumah tu. Mula-mula ayah ingat rumah terbakar sebab lintas pintas tapi beberapa tahun lepas tu kawan ayah tiri ayah saya mengaku yang dia bakar rumah tu sebab tak puas hati atas satu sebab ni.
  2. Saya ada satu sikap yang tak suka susahkan orang lain. Hmm. Kadang sebab sikap ni laa mak selalu marahkan saya. Even saya ada masalah besar sampai satu tahap tu nampak ketara perubahan saya, saya tak ceritakan walaupun kat kawan atau keluarga. Dan mak pernah nangis pasal ni dan pernah saya risaukan semua keluarga saya sebab penyakit saya ni. Alhamdulilah sekarang saya okay tapi... Dan saya masih lagi tak dapat buang sikap ni. So bad!
  3. Saya kalau bercakap dengan sesetengah lelaki saya tak boleh nak pandang muka dan tengok dia sebab entah saya akan rasa macam something gitu tapi bukan jatuh cinta tapi lebih kepada risau sebab dulu pernah laa cikgu atau kawan-kawan cakap yang lelaki ni pandai menilik dan macam-macam laa tapi negative things laa. Mata saya mesti tengok kat awan ke dinding ke atau tengok kat lain. Alaa macam saya cakap dengan tunggul. Haha! TAPI saya kalau selesa dengan orang laki tu saya akan tengok muka dia kalau saya bercakap dengan dia laa macam saya percaya dengan dia atau saya anggap dia kawan baik laa. Annoying kan! Hehe
  4. Saya ni minat citer detektif sebabtu kalau saya nak tau sesuatu benda saya akan pyscho orang tu sampai apa yang saya nak tau saya dapat tau.Yes! Sampai hari ni kalau saya nak tahu suatu mende tu mesti saya tau. Baru-baru ni sebelum form 5 exam SPM ada satu kecurian kat blok aspuri iaitu blok asrama perempuan. Tak laa teruk sangat cuma hilang maggi dan sejumlah wang laa. Masa tu kawan saya duduk asrama dan dia tahu pasal kes ni, saya punya perasaan nak tahu tu memang high level laa kalahkan orang duduk asrama dan saya tanya,tanya,tanya..... sampai laa saya kenal si pencuri tu. Haha! So sape-sape nak upah saya jadi detektif pasal boyfriend dia ke hubungi saya k. HAHA!
  5. Saya ni memang kurang keyakinan tentang diri saya! Memang! Sampai sekarang tak dapat nak buang. Selalu je rasa diri ni hodoh, tak lawa walaupun kawan cakap saya ni okay dah cuma rendah je sikit. Heh! Tapi tetap saya rasa kurang keyakinan diri. Sampai satu tahap saya cakap dengan orang mesti saya ada habit tutup hidung dan muka. Sebab apa saya rasa ada something yang tak okay pasal muka saya walaupun kawan saya cakap takde mende-mende kat muka. Dalam henset saya pun ada 30% je gambar saya selfie selebihnya gambar mende lain. Dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 kalau pakai tudung mesti kat tengah-tengah tudung tu saya tekan kan sampai tak nampak dahi sebab apa, sebab kurang keyakinan diri!
  6. Saya suka edit gambar! Eh! Bukan edit gambar saya tapi edit gambar-gambar awan,pokok,bunga,haiwan, serangga dan seangkatan dengannya! Saya ni memang pantang tengok awan atau bunga dan mesti,mesti,mesti..... kena ambik gambar. HAHA. Sampai berjangkit dengan kawan-kawan saya.
  7. Saya tak ada KAWAN BAIK dan TAKKAN! Saya berkawan dengan semua orang dan layan sama je dengan semua orang. Kadang ada kawan saya terasa hati dengan saya sebab dia anggap saya kawan baik dia dan nak saya ada dengan dia je dan ada satu hari tu saya pergi rehat dengan orang lain naik je kelas terus masam dengan saya. Hmm. Saya teringin nak ada kawan baik, kawan yang selalu kita ceritakan tentang masalah kita, chat 24/7 dengan dia tapi saya selalu je rasa saya ni tak layak untuk jadi kawan yang terbaik. Maafkan saya awak! Hmm
  8. Saya tak suka jalan depan orang lelaki!!! Anti sangat! Kalau saya sorang-sorang tengah jalan kat mall ke kedai ke jalan dan whatever laa dan ada orang laki sorang ke dua orang ke kat belakang walaupun tu kawan saya, automatik! saya jalan macam orang mabuk. Haa nak tahu macam mana, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan boleh cakap macam orang tak betul laa! Kalau ada kawan lelaki saya baca ni please alert! Tolong jalan dulu dan jangan jalan belakang saya dan faham-faham laa lau tertiba saya berhenti dan awak TOLONG jalan dulu!
  9. Saya pernah kena tanduk dengan kambing! Kena TANDUK KAMBING UOOLL! TANDUK!  Please jangan gelak! Haha. Masa tu saya dalam 4-6 tahun kot, masa tu kakak saya nak buat akikah anak dia. Masa tu ayah beli kambing jantan dan letak kat belakang rumah. Nak jadikan cerita masa tu saya dengan xde akalnya pergi laa kat belakang rumah nak tengok kambing tu dan dengan xde akalnya lagi pergi acah-acah dan ejek kambing tu dengan beraninya kambing tu kejar saya, belaku laa adegan kejar mengejar dengan kambing tu sambil menjerit-jerit  dan kambing tu tanduk mulut saya dan nasib laa jiran saya ada masa tu dan acah dengan kayu kambing tu dan selamatkan saya. CEH! macam drama pulak! HAHA. Tapi malangnya parut tu sampai sekarang ada kat bibir saya. Sob,sob ~
  10. Saya ni nampak je lembut gini boleh cakap kalau orang tengok macam lemah laa tapi saya minat memancing, main game orang laki, main tumbuk-tumbuk dan setiap kali saya cerita kat kawan saya mesti diorang gelak dan cakap " Ika weh mu tu lembik, mu main gocoh dengan abang mu awal-awal mu k.o ika weh" "Ika weh mu ni mende hal ngail-ngail ni tu kejean orang laki ika ea" Ada sekali tu saya citer kat kawan saya yang saya suka main organ lembu diorang gelak je. EH! Best apa. Argh please backup saya! Sob~ Kalau musim korban mesti saya yang terOVER eksited sebab apa boleh tengok orang melapah dan boleh pegang organ dalaman dia terutamaya hati, perut dan jantung dia!
  11. Kawan-kawan yang kenal saya boleh dikatakan semuanya cakap saya pelik. Entahlah. Kadang-kadang saya suka sesuatu yang tak sepatutnya, kadang-kadang diaorang cakap saya pelik dan kadang-kadang jugak saya terfikir bila saya cakap sorang-sorang. Err entohler
  12. Saya  kalau suka tak berbunyi. Sejak dari sekolah rendah saya suka memang tak berbunyi dan selalu di 'mengajimkan' dengan kawan- kawan laki dan kalau saya gelak mesti diorang tengok dan gelak dan hal ini belaku lagi pada tahun ni. Heh!
  13. Saya mudah tersentuh! Kalau kawan-kawan saya bagi hadiah saya simpan sampai sekarang. Walaupun bagi hadiah coklat saya simpan pembalut tu sampai sekarang dan sekarang ada dalam secret box saya.
  14. Orang mudah nak baca riak muka saya. Yes! haritu kawan saya cerita pasal someone dan air muka saya terus berubah dan kawan saya memsng cepat sangat perasan.
  15. Susah nak marah orang. Hurm. Yes! Memang susah sampai anak saudara semua tak takut ciksu dia ni haa. Kalau saya marah orang memang automatik badan atau tangan terketar-ketar dan air hujan keluar dengan laju dari mata ni haa. Haish geram jugak dengan diri sendiri ni mana taknya nak marah orang tapi kita pulak yang menangis dan terketar-ketar memang tak laa orang takut dengan kita kan. Sebab tu laa saya kalau nak marah pendam selagi boleh sampai sakit rasa hati sebab pendam sampai nak nangis puas-puas dan ada juga laa kalau tak tahan sangat marah kat depan cermin acah-acah marah orang tu. HAHA! Apakan daya tu je yang mampu.
  16. Dulu masa kecik-kecik kalau benci seseorang memang benci gila-gila aa tapi sekarang kalau tak suka seseorang atau benci seseorang mesti tak lama sebab prinsip saya semua orang tak sempurna dan selalu cuba nak fikir positif pasal seseorang tu sebab mana tau dalam kebencian yang kita lihat kat diri dia mesti ada satu kebaikan yang kita tak tahu kan.
  17. Suka tengok Anime. Yes! Sangat suka! Contoh one piece, naruto,bleach,death note,detective conan dan dragon ball. One piece sampai sekarang follow citer dia sekarang dah tengok sampai episod 514. Detective conan sampai sekarang tertanya-tanya macam mana dia nak sembuhkan diri dia tapi tak tau nak follow up citer dia dan death note pun best memang jalan cerita memang susah nak jangka. Citer kartun macam doraemon pun follow lagi sekarang kat tv7 setiap pagi dan petang sabtu.
  18. Selalu berangan-angan. Selalu je berangan-angan nak bawak mak,ayah, dan sekeluarga pergi buat umrah atau haji. Ada sekali tu pernah mimpi pergi mekah dengan mak ayah bangun pagi sampai nangis-nangis. Harap sangat angan-angan ni tercapai satu hari nanti.
  19. Mudah sangat nak gelabah. Sikap ni memang dari dulu lagi takboleh nak ubah. Ya rabbi! Kalau dah start gelabah tu memang betul-betul macam orang sakit parkison. Eh! betul ke tidak tau eja tu. Kalau dah gelabah habis semua kaki tangan terketar-ketar dan masa tu confirm memang otak dah start blank.
  20. Seorang yang annoying kot. Maybe! Saya rasa saya ni annoying kot. Boleh katakan seorang yang pending. Lambat nak tangkap apa yang orang maksudkan dan saya ni seorang yang membosankan untuk jadi seorang kawan. Eh! 
  21. Seorang yang periang dan ramah. Saya memang seorang kanak-kanak ribena walaupun dan masuk 19 tahun. Ihik! Kalau saya senyap tiba-tiba adalah tu tengah sedih ke sakit ke or whatever it may be. Dan saya jugak seorang yang ramah. Kalau orang yang tak kenal saya lagi mungkin cakap saya ni pendiam. Eh silap orang tau! Saya ni kalau dah bercakap memang potpetpotpet tak habis. Dan yang saya perasan dengan diri saya ni, saya mudah rapat dengan orang terutamanya dengan orang yang lebih berumur dengan saya. Haha. Dan saya memang suka tegur orang di sekeliling saya terutamanya makcik-makcik surau,kantin dan cleaner. Kadang saya anggap diorang tu dah macam mak saya dah.
  22. Tak suka bila berdiri depan orang ramai! Memang anti sangat. aaaaaaaaa. Haish. Contohnya, macam kena bercakap di depan orang ramai dan seangkatan dengannya. Masa saya form 4 dan form 5, saya pernah dapat anugerah nilam dapat hadiah basikal fixie, dapat anugerah untuk subjek sains terbaik masa anugerah kecemerlangan, terima sijil pengawas kesihatan, menang apa-apa ke atau apa-apa anugerah lah boleh katakan confirm saya tak pergi. Haha. Sampai mak saudara yang kat sekolah tu call dan marah-marah kenapa tak datang masa dapat hadiah tu. Haha. Hadiah dan sijil anugerah subjek sains sampai sekarang tak dapat dijejaki walaupun dah tanya cikgu berulang kali sebab masa anugerah tu ada pelajar ganti dan tadaaa mende tu hilang. So redho jelaa sebab salah diri sendiri kan. Dan untuk pengetahuan awak sampai sekarang perasaan tu still sama lau cakap depan orang ramai walaupun umur dah meningkat tua ni.

Okay stop dulu sebab lenguh dah bahu nak menaip. HAHA. Nanti saya sambung balik! Okayh? ;)

Labels: , , , , , , ,


FOTOGRAFI?



fotografer-proHello earthlings! Okay memandangkan saya sangat-sangat bosan tahap nak terjun,terbang dari bangunan pastu naik balik pastu buat mende yang sama balik. Ihik! Gurau je, cakap je lebih. Kena pisau kat tangan pun keluar air oren setitik dari mata. Haha! Okayh hari ni saya nak cerita pasal fotografi. YES! Saya pun minat fotografi ni, minat ambik gambar bunga,langit dan semua laa. Dulu kalau orang yang terjebak dalam bidang ni mesti orang cakap dia kaya, yelah nak memiliki satu-satu kamera tu mahal mana taknya satu DSLR berharga ribuan ringgit tapi sekarang semua orang boleh. Sebab apa, sebab pakai phone pun boleh. Bagi saya minat untuk ambil gambar ni tak salah yelah kita dapat hilangkan bosan kita malah kita akan rasa seronok kalau kita tengok gambar yang kita ambik tu cantik macam mana kita nak. Minat fotografi ni tak semestinya kena pandai, yelah sedangkan photographer yang mahal pun mula dari bawah iaitu dari tak tahu apa-apa langsung pasal fotografi ni sampailah jadi photographer terkenal. Kita boleh belajar kan, ilmu tu luas atas bumi ni nak-nak di zaman serba canggih ni. Nak tahu apa-apa pasal fotografi cari je kat pakcik google. Dari nak dapat cara lighting,expose,shutter speed,bokeh,faham mode program atau mode aperture priority di kamera digital dan lain-lain sampai kita dapat jadi fotografi terbaik. Mula-mula ada jugak mulut-mulut itik akan cakap bukan-bukan pasal kita, contoh 'eleh bajet pandai ambik gambar', 'eleh gambar macam hampeh je tapi lagak macam photographer', 'dah-dahlaa ambik gambar tu, bukannya awak dapat apa-apa pun'. Hello! sukahati laa minat masing-masing. Terpulang laa nak cakap apa. Dah nama pun minat bukannya nak mengharap sesuatu pun!

Nak jadi fotografi terbaik bukan dalam satu bulan je, banyak kena belajar. Saya pun tak laa banyak sangat ilmu fotografi ni yang saya tau ambik gambar je. Sebenarnya nak jadi fotografi yang terbaik kita kena belajar dari pengalaman bukan hanya kamera mahal semata-semata. Ada jugak sesetengah orang beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu nak guna dan kualiti gambar yang diambil seperti kamera biasa je dan ada jugak orang yang hanya memiliki kamera biasa tapi hasil gambar yang diambil seperti gambar dari kamera yang mahal. Sebenarnya tu semua atas usaha diri masing-masing nak tingkatkan skill yang ada. Dengan belajar dari pengalaman, in sha Allah skill kita akan meningkat dari hari ke hari. Bakat seseorang untuk megedit gambar juga merupakan satu bonus untuk seseorang menghasilkan gambar yang diambil setaraf fotografer pro walaupun hanya menggunakan telefon dan kamera murah. Jangan bimbang kalau tiada ilmu pasal fotografi yang penting semasa ambil gambar tu komposisi yang diambil tu yang terbaik yang awak rasa dan bayangkan setiap gambar yang awak ambik tu sebagai satu seni dan ada keindahan dan ceritanya sendiri disebalik gambar tu. Semakin banyak gambar yang awak ambik semakin okay hasilnya. Dan jadi fotografi yang hebat-hebat sebagai inspirasi buat kita dan bukan sampai tahan memuja-muja gambar yang di ambilnya dan cuba belajar dari gambar tersebut. Sekarang kalau di Instagram banyak kelab-kelab foto,fotografer yang terkenal jadi apa salahnya gunakan medium tu sebagai salah satu cara kita nak mengasas bakat dan tak sepertinya nak gambar terbaik kita kena pergi ke oversea untuk mendapat pemandangan yag cantik, sedangkan belakang rumah kita tu boleh kita ambik dan edit bahkan boleh nampak macam tempat yang cantik. Tapi janganlaa sampai ambik gambar longkang! Haha. Sekarang ni pun orang nak ambik gambar, tempat terbiar, rumah lama-lama pun nampak cantik dan eklusif. See? 

Satu lagi, dalam kita berfotografi jangan seringkali rasakan kita ni hebat, atau nak perhatian orang ramai. Jadikan minat kita ni sebagai salah satu untuk hiburkan diri sendiri, salah satu usaha nak tingkatkan skill yang ada dan boleh menjadi inspirasi buat orang lain, serta seringkali merendah diri biarpun kita mempunyai banyak ilmu fotografi, mahir mengambil gambar dan jangan kedekut ilmu nak ajarkan kepada orang yang ingin belajar (noob) percaya laa in sha Allah skill kita akan menjadi semakin hebat dan last jangan malu untuk mengambil gambar dan menunjukkan hasilnya kepada orang lain. Dulu kalau orang memilih untuk terlibat dalam bidang fotografi orang akan cakap yang awak tak ada masa depan, sekarang sudah terbukti seorang fotografer boleh mencapai income 6k sebulan. Mana taknya, katakan kita berkerja untuk fotografer perkahwinan dalam sebulan 3 event kita hadir dan satu event tu dicharge sebanyak 3k tak ke dapat 6k sebulan?


Dan jangan malu dengan minat fotografi okay dan abaikan kata-kata sinis orang lain. Okay tu je dan selamat berfotografi dan last sekali saya teringin sangat nak kamera Sony A7R mark II. ;)


HARI LAHIR KEKASIH ALLAH ( RASULULLAH S.A.W )


Image result for maulidur rasul

Alhamdulillah. 12 Rabiulawal muncul lagi. Hari Kekasih Allah, kekasih kita yang paling mulia. Kita tahu Rasulullah sering berpuasa sunat pada hari Isnin. Lalu para sahabat pun bertanya, kenapa Rasulullah berbuat demikian, katanya, sebab aku lahir pada hari Isnin. Jadinya, adalah sunat bagi kita untuk berpuasa pada ulangtahun kelahiran kita juga. Dan apabila kita mendengar nama Rasulullah disebut, kita kenalah berselawat pada baginda sebab bila dengar nama Rasulullah, bukan macam dengar nama orang yang biasa.
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya." -Riwayat Al-Hakim-
Memang mudah untuk ucapkan "aku cintakan Rasulullah, aku cintakan kamu kerana Allah" tapi apa buktinya? Kecintaan itu harus dibuktikan. Bukan cuma disebut-sebut di mulut tapi tak sampai ke hati. Hati perlu dididik untuk cinta pada Allah dan Rasulullah.
Walaupun tak pernah bertemu Rasulullah, bukanlah alasan untuk tidak mencintainya. Begitu juga cinta pada Allah. Allah sentiasa nampak kita cuma kita yang tak nampak Allah. Tapi kita masih boleh rasa segala nikmat yang Allah beri. Banyak saja benda yang kita tak nampak tapi sangat penting dalam hidup kita umpama udara dan jantung.

Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari kiamat nanti. Rasulullah adalah manusia termulia dan kerana baginda, kita dapat mengenal Allah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi pada baginda. Apalah sangat masa kita dalam sehari tu untuk digunakan dengan selawat pada Rasulullah?
Rasulullah sangat mencintai umatnya hingga saat terakhir hidup baginda. Pernahkah kita mencintai Rasulullah sampai menitis air mata kerana ingatkan baginda? Jika kita diberi peluang bertemu Rasulullah, apakah yang akan kita ucapkan pada baginda? Sudah cukup kenalkah kita pada baginda? Marilah sama-sama kita hayati Sirah nabi sepanjang hidup baginda sebabnya, tak kenal maka tak cinta. :')
                                                   
                                             
  
Sempena maulidur rasul ni saya nak bagi lirik lagu LAWKANA BAINANA.

 LAW KANA BAINANA
 - Bahasa Melayu

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Law Kana Bainana - Bahasa Arab 

------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Labels: , , , , , , ,